150 pokok ditanam di kawasan riadah
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Sebagai kesinambungan kepada kegiatan penghijauan yang menjurus kepada keindahan alam sekitar, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE) dengan kerjasama Persatuan Green Brunei mengadakan kegiatan penanaman pokok sempena Hari Alam Sekitar Sedunia dan Green Brunei: Eco Drive yang berlangsung di Pantai Muara, hari ini. Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman yang turut menanam pokok jenis, African Tulip. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Kementerian Pembangunan, Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan lebih 200 peserta yang terdiri daripada belia dan penuntut yang menyertai acara berkenaan. Selepas perasmian Green Brunei: Eco Drive, Yang Berhormat Pehin turut menyaksikan peserta-peserta yang menyertai Eco-Race 3.0. Kegiatan…