
Sampah domestik tinggi, diseru laksana kitar semula
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Penduduk di Negara Brunei Darussalam menghasilkan jumlah sampah domestik yang tinggi namun begitu mereka harus peka bahawa setiap jenis sampah yang dihasilkan boleh dikitar semula dan mempunyai nilainya tersendiri. Dalam hubungan itu, masyarakat Brunei harus memahami dan menanamkan dalam diri mereka sikap untuk tidak membazir dan mendidik diri mereka dalam kaedah serta jenis-jenis sampah yang boleh dikitar semula. Melalui usaha itu, bukan sahaja jumlah sampah yang dihasilkan dan pembaziran dapat dikurangkan tetapi mampu untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar, jelas Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman. Usaha untuk mengitar semula merupakan salah satu usaha yang giat dilaksanakan dan dipromosikan oleh Kementerian Pembangunan sebagai inisiatif pemuliharaan alam sekitar bagi masyarakat kerana mereka harus…