Berjaya kumpul 12 tan bahan kitar semula
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jan – Sekolah-sekolah di negara ini diseru agar mendapatkan pengiktirafan daripada pertubuhan serantau dan antarabangsa atas inisiatif yang dijalankan seperti ASEAN Eco Schools Award dan SEAMEO-Japan Education for Sustainable Development Award. Pemangku Ketua Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP), Dayang Sarimah binti Abu Bakar turut berkata, Kementerian Pendidikan melalui Pusat STEP mengalu-alukan sekolah yang bergiat aktif dalam menjalankan program yang bertemakan pendidikan alam sekitar. Bagi sekolah yang belum memulakan atau yang ingin memperbaiki lagi inisiatif berkenaan, beliau menyarankan supaya merujuk buku panduan yang telah diterbitkan oleh Pusat STEP, bertajuk ‘Guidebook For Initiating Green School in Brunei Darussalam’. Beliau membuat seruan ini semasa menyampaikan ucapan selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Hadiah Green Brunei Eco Drive, yang berlangsung di Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, hari ini.…