Kakitangan SCB bersihkan Kampong Ayer
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Sekumpulan lebih 20 orang kakitangan Bank Standard Chartered (SCB) telah bergotong-royong membersihkan kawasan Kampong Ayer, berdekatan Kampung Sungai Besar pagi tadi. Aktiviti kesukarelawanan berkenaan dianjurkan oleh jawatankuasa Kelab Rekreasi SCB dan diketuai oleh Pengerusi Kelab, Awang Muhammad Red Abdullah Ong. Menurut kenyataan SCB, aktiviti berkenaan turut melibatkan kerja-sama Green Brunei yang mana sukarelawan-sukarelawannya turut menyertai aktiviti pembersihan berkenaan yang mengambil masa lebih dua jam. Awang Muhammad Red, dipetik sebagai berkata, “Saya gembira Standard Chartered menggalakkan kami sebagai kakitangan untuk memberi balik kepada komuniti menerusi aktiviti-aktiviti kesukarelawanan seperti ini. [caption id="attachment_823" align="aligncenter" width="900"] Sukarelawan bergambar ramai selepas bergotong-royong dalam aktiviti pembersihan di Kampong Ayer.[/caption] “Kampong Ayer adalah salah satu tarikan utama di Brunei, oleh itu di samping memulihara warisan kita, kami juga mahu meningkatkan kesedaran…