
Belia pemimpin masa depan
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Golongan belia selaku pemimpin masa akan datang bukan sahaja perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang berguna tetapi mereka juga harus mengambil langkah aktif dalam mempromosikan pembangunan mapan serta memahami peluang-peluang yang wujud dalam pemulihan sumber asli dan menangani isu-isu penting semasa. Isu-isu penting itu termasuk menyediakan peluang pekerjaan, membangunkan ekonomi, mempromosikan pembangunan mapan dan meningkatkan kehidupan masyarakat, di mana bagi menanganinya memerlukan belia yang bermaklumat serta mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi supaya mereka mampu menyumbang kepada perubahan positif dalam komuniti masing-masing. Dalam hubungan itu, penganjuran Seminar Belia Nadi Borneo merupakan satu kaedah yang berkesan bagi membantu menjana kefahaman mengenai Nadi Borneo dalam kalangan golongan belia dan pada masa yang sama mengenal pasti bidang-bidang ekonomi yang berpotensi dikembangkan dalam Nadi Borneo. Perkara itu dijelaskan oleh…