Amali CSR bersihkan pantai
SERIA, 24 Nov – Sekumpulan pelajar jurusan Sijil Kebangsaan Pendidikan Teknikal (NTec) dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah (IBTE SVSB) telah menganjurkan Projek Bersih FBS yang diadakan di Pantai Peranginan Lumut hari ini. Ini merupakan sebahagian daripada penilaian teknikal Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu salah satu topik yang mereka pelajari di bawah Modul Kajian Asas Perniagaan (FBS). Semasa kempen tersebut, mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan ditugaskan di kawasan-kawasan yang berbeza untuk mengutip sampah-sarap di sepanjang kawasan persisiran pantai tersebut. Hadir selaku tetamu kehormat semasa kempen itu ialah Pengetua IBTE SVSB Awang Akandi bin Haji Abd Razak. Juga hadir pengasas Green Brunei, Khairunnisa Asy’ari wakil penaja dari Syarikat Pengiran Haji Mustapa bin Pengiran Haji Mat Salleh. Pelajar-pelajar IBTE SVSB Seria yang terlibat Projek FBS Bersih kelmarin.Selain sebagai…