Memupuk tanggungjawab untuk kitar semula
SEBERAPA pedulikah kita dengan alam persekitaran? Apa yang kita lakukan ketika melihat sampah di merata tempat? Adakah kita akan membantu membuangnya atau kita abaikan sahaja? Dan apa yang paling penting lagi adakah kita rajin untuk mengitar semula barangan tersebut? Ya, barangan bekas sebagai contoh tin minuman kosong, kertas, botol dan barang yang boleh di kitar semula. Tidak semua mengerti akan faedah dan kebaikan untuk kita mengapplikasikan tabiat kitar semula di dalam kehidupan kita sehari-hari. Bukan sahaja ianya boleh menjadikan persekitaran yang lebih sihat dan selesa, namun juga memupuk diri seseorang itu untuk lebih bertanggungjawab dalam memeduli persekitaran sekeliling dengan menjadi seseorang yang tidak camah mata. Apa yang sebenarnya menghalang seseorang itu untuk mengamalkan tabiat kitar semula di dalam kehidupan mereka terutama sekali para generasi belia kita? Walau sudah tersedia tempat…