Ketahui hidupan liar terancam di Borneo

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Dis – Bagi memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai keadaan sukar hidupan liar di Borneo, di samping memberi maklumat tentang senarai hidupan liar yang semakin terancam, Green Brunei dengan sokongan The Collective, sebuah pertubuhan kesenian kreatif tempatan, baru-baru ini, telah menganjurkan Pesta Kesenian Hidupan Liar Terancam di The Collective’s MakerSpace di Batu Bersurat.

Seramai 24 penuntut dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (MDPMAMB) dan Sekolah Antarabangsa Brunei (JIS) yang diketuai oleh Pasukan Green Brunei COP telah menghabiskan masa mereka selama tiga minggu dalam persediaan bagi acara tersebut.

Mereka juga telah mengadakan Community Out-reach Programme (COP) bagi tahun Discovery mereka, dengan konsep memberikan pendedahan awal hasil kajian mereka dalam usaha memberikan cara yang unik untuk mempamerkan haiwan.

Pelbagai pertubuhan telah menyertai petak jualan bagi menjayakan acara tersebut termasuk pertubuhan daripada Biodiversity and Natural History Society (BruWild) dan Wildlife Club, yang juga membantu meningkatkan kesedaran dan memberi maklumat kepada orang ramai mengenai biodiversiti yang terancam di negara ini.

Senarai hidupan liar terancam yang direkodkan pada masa ini telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan sehingga kini masih belum lengkap. Kekurangan data ini telah mencetuskan ancaman besar kepada beberapa spesies flora dan fauna, yang pada masa ini menghadapi ancaman terhadap kewujudan mereka di Brunei.

Antara peserta yang menyertai festival tersebut.
Antara peserta yang menyertai festival tersebut.
Orang ramai ketika mengunjungi festival itu.
Orang ramai ketika mengunjungi festival itu.
Lantera yang dipasang oleh para peserta semasa karnival itu berlangsung.
Lantera yang dipasang oleh para peserta semasa karnival itu berlangsung.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai haiwan terancam Brunei, dan usaha pemuliharaan pada masa depan serta acara–acara yang diadakan oleh ahli–ahli Green Brunei, orang ramai bolehlah melayari Instagram @greenbrunei atau emel ke info@green-brunei.com.

Orang ramai yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai The Collective dan projek masa depan mereka juga boleh melihat akaun Instagram @collectiveartevents atau laman sesawangwww.thecollectiveartevents.com

Source: Media Permata