Ketahui hidupan liar terancam di Borneo
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Dis – Bagi memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai keadaan sukar hidupan liar di Borneo, di samping memberi maklumat tentang senarai hidupan liar yang semakin terancam, Green Brunei dengan sokongan The Collective, sebuah pertubuhan kesenian kreatif tempatan, baru-baru ini, telah menganjurkan Pesta Kesenian Hidupan Liar Terancam di The Collective’s MakerSpace di Batu Bersurat. Seramai 24 penuntut dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (MDPMAMB) dan Sekolah Antarabangsa Brunei (JIS) yang diketuai oleh Pasukan Green Brunei COP telah menghabiskan masa mereka selama tiga minggu dalam persediaan bagi acara tersebut. Mereka juga telah mengadakan Community Out-reach Programme (COP) bagi tahun Discovery mereka, dengan konsep memberikan pendedahan awal hasil kajian mereka dalam usaha memberikan cara yang unik untuk mempamerkan haiwan. Pelbagai pertubuhan telah menyertai petak…