PKWE terima sumbangan pelajar UBD
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Lima orang pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD), semalam, telah menyerahkan buku-buku sumbangan kepada Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) di Lambak Kanan dan juga di Mukim Buku Rimba, Kampung Rimba. Buku-buku berkenaan telah disumbangkan oleh Green Brunei Eco Drive dan SBYLEP serta orang ramai yang telah dikumpulkan dalam jangka masa sembilan hari. Menerima buku-buku berkenaan bagi pihak PKWE ialah pengurusnya, Haji Mohd Hussin bin Haji A Yusof dan ahli-ahli PKWE, manakala itu, bagi Mukim Buku Rimba, sumbangan diterima oleh penjaganya, Dayang Halimah binti Haji Awang Lajak dan Pegawai Perpustakaan, Ketua Unit Pinjaman Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Dayang Norhasinah binti Haji Moksin. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Kempen Sumbangan Buku MBB telah berjaya mengumpulkan sejumlah 1,707 buah buku pelbagai kategori termasuk fiksyen, sejarah, buku kanak-kanak dan…